Monday, February 20, 2012

Bola Sepak Persahabatan



Pada hari rabu 22 Feb jam 9 15 malam telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak antara kelab staff IPGM Kampus Sultan Mizan dengan Pasukan pilihan Majlis perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam. Perlawanan ini berlangsung di Padang Perdana KB sebelah stadiun Sultan Muhammad iv. Pada mulanya perlawanan persahabatan ini sepatutn menentang pasukan syarikat Insyuren Prudential K Bharu, tetapi telah ditukarkan pada saat akhir disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Pasukan IPKB telah diwakili oleh YDP sendiri dan YB Ust. Baihaqi EXCO Pelancongan negeri yang bertindak sebagai straiker. Pengarah IPGMKSM En Zakaria Husin turut hadir bagi memeriahkan lagi perlawanan itu disamping memberi semangat kepada semua pemain untuk bermain dibawah cahaya lampu.

Dalam perlawanan ini pasukan IPG KSM telah berjaya menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu 4 gol berbalas 3. Pada mulanya perlawanan agak seimbang dan berhati hati dengan menggunakan skill individu masing masing mengawal bola. Tetapi al maalomlah ramai pemain yang mudah sempot. Pasukan IPGM seakan boleh menewaskan dengan agregit 4 berbalas 2 namun pada saat akhir pasukan IPKB berjaya menambahkan 1 gol lagi menjadikan kedudukan keseluruhan 4 berbalas 3. Pasuka IPGM diwakili penyerang sensasi En sulizi yang banyak mengumpan hantaran bahaya ke kubu lawan. En Sulizi dibantu En Khairuddin dari jabatan PJ yang mengawal baik kawasan tengah padang.

Pasukan IPGM mengalami tekanan apabila seorang penyerang lincah tapi kurang bahaya, Tengku yang telah mendapat kecederaan serious apabila dipintas oleh pemain lawan di luar kawasan penalti. Beliau dikasari, tersungkur rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital Besar KB. Setelah melalui pemeriksaan doktor beliau telah disahkan patah tulang bahu dan mendapat MC 21 hari. Kesiannn... Malang bagi pasukan IPGM. Apapun semua rombongan sronok kerana dapat bermain untuk pertama kalinya pada waktu malam dan dapat merasai bas yang diberi nafas baru itu!!!..Bersurai pada pukul 2 pagi kerana menunggu tengku discharge dari kecemasan GH K Bharu.


Rabu minggu depan pula pasukan IPGM akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan vateren Kuala Semerak. Kepada semua ahli kelab staff jomm beramai ramai kita memeriahkan perlawanan itu nanti

No comments:

Post a Comment