Mereka yg bertanding dalam kejohanan ini dikategorikan kepada 3 Grade A(0),B(5) dan C(10) masing masing. Ini bermaksud A tiada tambahan jatuhan pin, B tambahan 5 jatuhan pin dan C tabahan 10 jatuhan pin bagi setiap Game. Ini bermakna bagi Grade C akan mendapat 40 jatuhan pin percuma. Handicap bagi wanita pula 15. *tambahan 10 pin lagi diberikan kepada mereka yg bermaian di Lane kayu selepas undian lane dibuat. Kedudukan handicap semasa boleh rujuk di GAJET sebelah kanan blog ini.
Gambar sang Juara alias dan pembuat kejutan En Ramli (dari grade C dinaikkan ke A)
Dalam kategori lelaki Johan dimenangi oleh En Alias dengan 640 jatuhan pin keseluruhan dengan frame tertingginya ialah 177 pin. Tempat kedua jatuh kepada EN Hardi Hard 625 jatuhan pin termasuk dengan bantuan 40 pin handicap. Ini secara outomatik telah melonjakkan beliau berada dalam kategori A pada kejohanan akan datang.
Tempat ketiga dimenangi oleh En Yazit dengan 601 jatuhan pin bersama bantuan handicap 60 pin kerana bermain di lane kayu...he he sama dengan handicap utk wanita. Kemenangan ini juga telah melonjakkan beliau dari kategori B kepada kategori A pada kejohanan akan datang. Tempat keempat dimenangi oleh En. Syukri dengan jatuhan pin sama banyak dengan EN Yazit. Tempat kelima dimenangi oleh En Ramli dan keenam ialah Tn Hj. Zulkefle Ab Rahman.
Beberapa kejutan juga telah berlaku dimana pemain grad C telah dinaikan ke grad A secara automatik kerana berjaya berada dalam ranking TOP 5 keseluruhan jatuhan pin. Pemain yg terligat ialah En. yazit dan Hardi. Begitu juga bagi grade C players yg berada pada kedudukan TOP TEN akan dinaikan ke grad B. Mereka yg terlibat ialah Ruslan Faisal, En Hilmi Husin dengan frame tertinggi beliau 172 jatuhan pin dan Hj Aminuddin KJ. Disamping itu juga players grad A yg tidak termasuk dalam TOP Ten pula akan diturunkan ke grade B. Mereka yg terlibat ialah En Zul Daud dan Zakaria Husin.
Berikut adalah keputusan penuh mengikut urutan menurun: 7Ruslan,8Faisal,9Helmi,10 Hj Aminuddin,Hazmin, Sagar, Wan Hakim, Azmy,Zakaria Husin,Irwan,Nik Zamri,Cik Naziha,Zul daud,Mazlan,Fairus,Aziz JAPIM,Hj Che Rahim,Mubin,Azmi,Khair Anuar,W Nazulan,Hafifi,Shahrudin,Sulhan,N sabariah,Luqman,Ilham,Sharidan,Zulkifly yusof,Shafik,Syakirin,Azlan,Arbaiah danSuhaine.
No comments:
Post a Comment