Monday, February 27, 2012

All Star Challenge 2012 Siri 1

Mutiara Bowl,Kota Bharu, 27 Mac 2012: Kejohanan All Star Challenge (Siri 1 2012) Ten Pin Bowling Kakitangan IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut telah berlangsung dengan meriahnya pada malam tadi. Kejohanan yg berlangsung di Mutiara Bowl bertempat Billion Sptermarket itu telah disertai oleh 40 kaki tangan IPG. Kejohanan kali ini adalah antara yang paling meriah pernah diadakan dengan kehadiran 40 kaki tangan akademik dan bukan akademik. Lebih menarik lagi kejohanan ini disertai sendiri Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan En.Zakaria Husin dan Ketua jabatan JAPIM, KJ Pengajian Sosial dan KJ HEP termasuk 4 kaki tangan wanita. Tahniah

Mereka yg bertanding dalam kejohanan ini dikategorikan kepada 3 Grade A(0),B(5) dan C(10) masing masing. Ini bermaksud A tiada tambahan jatuhan pin, B tambahan 5 jatuhan pin dan C tabahan 10 jatuhan pin bagi setiap Game. Ini bermakna bagi Grade C akan mendapat 40 jatuhan pin percuma. Handicap bagi wanita pula 15. *tambahan 10 pin lagi diberikan kepada mereka yg bermaian di Lane kayu selepas undian lane dibuat. Kedudukan handicap semasa boleh rujuk di GAJET sebelah kanan blog ini.

Gambar sang Juara alias dan pembuat kejutan En Ramli (dari grade C dinaikkan ke A)


Dalam kategori lelaki Johan dimenangi oleh En Alias dengan 640 jatuhan pin keseluruhan dengan frame tertingginya ialah 177 pin. Tempat kedua jatuh kepada EN Hardi Hard 625 jatuhan pin termasuk dengan bantuan 40 pin handicap. Ini secara outomatik telah melonjakkan beliau berada dalam kategori A pada kejohanan akan datang.

Tempat ketiga dimenangi oleh En Yazit dengan 601 jatuhan pin bersama bantuan handicap 60 pin kerana bermain di lane kayu...he he sama dengan handicap utk wanita. Kemenangan ini juga telah melonjakkan beliau dari kategori B kepada kategori A pada kejohanan akan datang. Tempat keempat dimenangi oleh En. Syukri dengan jatuhan pin sama banyak dengan EN Yazit. Tempat kelima dimenangi oleh En Ramli dan keenam ialah Tn Hj. Zulkefle Ab Rahman.



Beberapa kejutan juga telah berlaku dimana pemain grad C telah dinaikan ke grad A secara automatik kerana berjaya berada dalam ranking TOP 5 keseluruhan jatuhan pin. Pemain yg terligat ialah En. yazit dan Hardi. Begitu juga bagi grade C players yg berada pada kedudukan TOP TEN akan dinaikan ke grad B. Mereka yg terlibat ialah Ruslan Faisal, En Hilmi Husin dengan frame tertinggi beliau 172 jatuhan pin dan Hj Aminuddin KJ. Disamping itu juga players grad A yg tidak termasuk dalam TOP Ten pula akan diturunkan ke grade B. Mereka yg terlibat ialah En Zul Daud dan Zakaria Husin.

Berikut adalah keputusan penuh mengikut urutan menurun: 7Ruslan,8Faisal,9Helmi,10 Hj Aminuddin,Hazmin, Sagar, Wan Hakim, Azmy,Zakaria Husin,Irwan,Nik Zamri,Cik Naziha,Zul daud,Mazlan,Fairus,Aziz JAPIM,Hj Che Rahim,Mubin,Azmi,Khair Anuar,W Nazulan,Hafifi,Shahrudin,Sulhan,N sabariah,Luqman,Ilham,Sharidan,Zulkifly yusof,Shafik,Syakirin,Azlan,Arbaiah danSuhaine.

Saturday, February 25, 2012

Pengintip...

Wawww...Hari ini sabtu 25 hb ada lima orang bowlers kita yg pergi berlatih senyap senyp di billion buat persiapan untuk Isnin ni, 27 hb. siap pakai jurulatih import dari IPG lain nihhh. Wahhh... ini sudah merupakan cabaran kepada semua yg lain pada hari isnin nanti.

Monday, February 20, 2012

Bola Sepak Persahabatan



Pada hari rabu 22 Feb jam 9 15 malam telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak antara kelab staff IPGM Kampus Sultan Mizan dengan Pasukan pilihan Majlis perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam. Perlawanan ini berlangsung di Padang Perdana KB sebelah stadiun Sultan Muhammad iv. Pada mulanya perlawanan persahabatan ini sepatutn menentang pasukan syarikat Insyuren Prudential K Bharu, tetapi telah ditukarkan pada saat akhir disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Pasukan IPKB telah diwakili oleh YDP sendiri dan YB Ust. Baihaqi EXCO Pelancongan negeri yang bertindak sebagai straiker. Pengarah IPGMKSM En Zakaria Husin turut hadir bagi memeriahkan lagi perlawanan itu disamping memberi semangat kepada semua pemain untuk bermain dibawah cahaya lampu.

Dalam perlawanan ini pasukan IPG KSM telah berjaya menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu 4 gol berbalas 3. Pada mulanya perlawanan agak seimbang dan berhati hati dengan menggunakan skill individu masing masing mengawal bola. Tetapi al maalomlah ramai pemain yang mudah sempot. Pasukan IPGM seakan boleh menewaskan dengan agregit 4 berbalas 2 namun pada saat akhir pasukan IPKB berjaya menambahkan 1 gol lagi menjadikan kedudukan keseluruhan 4 berbalas 3. Pasuka IPGM diwakili penyerang sensasi En sulizi yang banyak mengumpan hantaran bahaya ke kubu lawan. En Sulizi dibantu En Khairuddin dari jabatan PJ yang mengawal baik kawasan tengah padang.

Pasukan IPGM mengalami tekanan apabila seorang penyerang lincah tapi kurang bahaya, Tengku yang telah mendapat kecederaan serious apabila dipintas oleh pemain lawan di luar kawasan penalti. Beliau dikasari, tersungkur rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital Besar KB. Setelah melalui pemeriksaan doktor beliau telah disahkan patah tulang bahu dan mendapat MC 21 hari. Kesiannn... Malang bagi pasukan IPGM. Apapun semua rombongan sronok kerana dapat bermain untuk pertama kalinya pada waktu malam dan dapat merasai bas yang diberi nafas baru itu!!!..Bersurai pada pukul 2 pagi kerana menunggu tengku discharge dari kecemasan GH K Bharu.


Rabu minggu depan pula pasukan IPGM akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan vateren Kuala Semerak. Kepada semua ahli kelab staff jomm beramai ramai kita memeriahkan perlawanan itu nanti

Sunday, February 19, 2012

All Star Challenge 2012 Siri1

All Star Chellange 2012 akan berlangsung di Mutiara bowl, Billion Shoping Center pada 27 Feb 2012 jam 8 malam. Kejohanan ini adalah kejohaman bulanan yang akan memberikan point kepada setiap bowler bagi menentukan rangking masing. Jangan lepaskan peluang ini untuk kita sama memeriah kan kejohanan itu nanti disamping mengeratkan hubungan dikalangan semua staff akademik dan bukan akademik IPGM Kampus Sultan Mizan. Jomm...jangan lepaskan peluang untuk bermain sambil rekriasi sambil eratkan hubungan antara warga IPGM KSM