En Ramli,Pemain yg sedang meningkat naik.
Mutiara Bowl, Kota Bharu 13 April.Kejohanan 10Pin Boling PPD Besut telah berlangsung di Motiara Bowl, Billion Shoping Center, Kota Bharu. Kejohanan anjuran PPD Besut ini merupakan sirkit pertama bagi tahun 2012. Sirkit Boling PPD ini akan berlangsung sepanjang tahun dimana hanya 9 pasukan terbaik sahaja yang layak untuk bertanding dalam sirkit final yang akan diadakan pada penghujung tahun ini. Pasukan yang bertanding mewakili sekolah atau jabatan masing akan diberikan mata bagi menentukan rangking masing masing. Setiap jabatan boleh menghantar lebih dari satu pasukan. Dalam kejohanan kali ini, pasukan PPD diwaliki sendiri oleh timbalan PPD Besut Wan Akhyar.
Dalam kejohanan kali ini sebanyak 18 pasukan telah menyertainya menjadikan semua pemain seramai 54 orang. IPG Kampus Sultan Mizan telah menghantar 2 pasukan. Walaupun bukanlah pasukan terkuat kerana dua ‘star ‘ IPG KSM tidak dapat menyertainya, manun mereka telah mengejutkan semua pasukan lain yang turut serta dalam kejohanan ini. Dua pemain hebat yang tidak dapat menyertai kejohanan kali ini ialah En. Syukri dan En Yazid kerana terlibat dengan BIG.
Pasukan “ IPGKSM A” diwakili oleh tiga pemain hebat En. Zulkefle Jabatan Sains, EN Zul JIP dan En Alias Kameranan. Manakala Pasukan “IPGKSM B”pula diwalili oleh Pendatang baru yang sedang menigkat naik dan mengancan pemain star lain iaitu En Ramli Pejabat, En Mazlan Taliban dan En. Basir. Pasukan IPGKSM B telah berjaya menempatkan diri di tempat kesembilan manakala pasukan IPGKSM A pula telah berjaya menjadi johan. Tahniah kepada Pasukan IPGKSM A kerana telah mengharumkan nama IPGM KSM. Sudah pasti akan menjadikan igauan dan digeruni oleh pasukan lain dalam siri siri yang akan datang.Wowww...
Pasukan IPGKSM A telah menjuarai kejohanan sirkir Bolinf PPD Besut ini dengan jatuhan pin sebanyak 1830 manakala tempat kedua dimenangi oleh SK Kuala besut dengan 1788 jatuhan pin. tempat ketiga 1756 jatuhan pin dan ke empat 1702 jatuhan pin. Pasukan IPGKSM B pula berada pada tangga kesembilan dari 18 pasukan dengan 1538 jatuhan pin. Dari segi rangking individu pula En Alias menduduki tempat ke 8 dengan 617 jatuhan pin, En Zul Sains berada pada rangking ke 8 dengan 616 jatuhan pin En Ramli di rangking ke 9 dengan 611 jatuhan pin, manakala En. Zul JIP berada pada rangking ke 11 dengan 597 jatuhan pin daripada keseluruhan 54 pemain.
Sirkit ke2 akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Kepada En Syukri dan En Yazid anda masih berpeluang untuk bermain dalam sirkit final nanti asalkan jangan miss untuk sirkit kedua nanti.
Pemberita KBIPGKSM